BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 26 June 2013



                KENAPA KERETA MAHAL ?????

Mustapa Mohamed bersama Timbalannya, Datuk Ir. Hamim Samuri (kanan), Ketua Setiausaha, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria meneliti Laporan Tahunan MITI 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 24 Jun - 
  • Pengambilan untung yang tinggi oleh pengeluar merupakan salah satu faktor utama harga kereta popular tempatan lebih mahal berbanding negara-negara lain di rantau ini, bukan disebabkan duti eksais semata-mata.

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat empat faktor penentu harga kereta iaitu :- 
            >kos pembuatan 
            >duti eksais 
            >pengambilan untung 
            >cukai jualan


"Pengambilan untung merupakan antara faktor terbesar penentuan harga kereta ketika ini. Nilai berkenaan ditentukan oleh syarikat pengeluar.
"Kerajaan tidak boleh mengawalnya dan ketika ini kami sedang mengamalkan strategi tekanan pasaran dengan menggelakkan kemasukan lebih banyak jenama baharu untuk mengurangkan kadar pengambilan untung berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2012, di sini hari ini.
Pengambilan untung yang tinggi itu telah dibangkitkan dalam sesi perjumpaan media bersama agensi berkaitan di bawah MITI sebelum majlis itu bagi membincangkan senario penurunan harga kereta tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, duti eksais kereta popular import sepenuhnya (CBU) iaitu berkapasiti 1,500 cc dan ke bawah adalah antara 65 dan 105 peratus.
Namun begitu katanya, duti kereta berkenaan sebahagian besar telah diturunkan melalui pemasangan tempatan (CKD) kepada kira-kira 40 hingga 50 peratus iaitu setara dengan Thailand dan Indonesia yang mengenakan duti yang sama antara 30 hingga 50 peratus.
"Daripada jumlah jualan kenderaan tahun lalu (TIV) iaitu sebanyak 627,753 buah, 85 peratus daripadanya adalah model CKD, yang bermaksud menerima insentif penurunan duti.
"Harga duti eksais (40-50%) dan duti jualan sebanyak 10 peratus adalah sama seperti di Indonesia dan Thailand. Perbezaan harga di Malaysia sebahagian besar disebabkan oleh pengambilan untung," jelasnya.
Beliau menjelaskan, kerajaan menggalakkan cara CKD berbanding CBU bertujuan untuk membangunkan ekosistem industri automotif tempatan.
"Dasar Automotif Nasional (DAN) 2013 nanti turut merangkumi pelan pembangunan selepas jualan iaitu memberi penekanan kepada kitar semula kereta, jangka hayat dan menangani masalah kereta terpakai.
"Untuk itu, syarikat kereta perlu mempunyai kilang di Malaysia," ujarnya.

Sekian, terima kasih ! saudara-saudari!! 

==> #A.AnIthA SRI (DBS)#
             {27/06/2013}

-Lirik Lagu Sahabat -


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz2XOp7YGOC


Oleh: Sumisha
27-6-13

-Demi persahabatan- .

Kepada kawan - kawan sekalian,
saya ingin meminta maaf sekiranya saya menggunakan bahasa kasar atau menyakitkan hati anda. Tidak lama lagi, kita akan berpisah dengan menuju hala tuju masing- masing... dengan ini saya berharap kamu semua semoga berjaya dalam apa jua cabaran yang dihadapi.

Oleh: Sumisha
  26-6-13

Petua Memerahkan Bibir

Petua bibir merah....




Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari. Ia amat berkesan!! 

"selamat mencuba kawan - kawan"

oleh,
sumisha
kredit kepada petua nenek
25-6-13

Belajar Cara Sistem PQRST

Tips belajar berkesan....

Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku   mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class”. Berikut adalah lima   item yang menjadi   tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan   seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau   isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan   cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.


(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan   anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah   berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota   yang telah anda catatkan.

(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu   membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun   lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.

oleh: sumisha
24-06-13