KENAPA KERETA MAHAL ?????
KUALA LUMPUR 24 Jun -
- Pengambilan untung yang tinggi oleh pengeluar merupakan salah satu faktor utama harga kereta popular tempatan lebih mahal berbanding negara-negara lain di rantau ini, bukan disebabkan duti eksais semata-mata.
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat empat faktor penentu harga kereta iaitu :-
>kos pembuatan
>duti eksais
>pengambilan untung
>cukai jualan
"Pengambilan untung merupakan antara faktor terbesar penentuan harga kereta ketika ini. Nilai berkenaan ditentukan oleh syarikat pengeluar.
"Kerajaan tidak boleh mengawalnya dan ketika ini kami sedang mengamalkan strategi tekanan pasaran dengan menggelakkan kemasukan lebih banyak jenama baharu untuk mengurangkan kadar pengambilan untung berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2012, di sini hari ini.
Pengambilan untung yang tinggi itu telah dibangkitkan dalam sesi perjumpaan media bersama agensi berkaitan di bawah MITI sebelum majlis itu bagi membincangkan senario penurunan harga kereta tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, duti eksais kereta popular import sepenuhnya (CBU) iaitu berkapasiti 1,500 cc dan ke bawah adalah antara 65 dan 105 peratus.
Namun begitu katanya, duti kereta berkenaan sebahagian besar telah diturunkan melalui pemasangan tempatan (CKD) kepada kira-kira 40 hingga 50 peratus iaitu setara dengan Thailand dan Indonesia yang mengenakan duti yang sama antara 30 hingga 50 peratus.
"Daripada jumlah jualan kenderaan tahun lalu (TIV) iaitu sebanyak 627,753 buah, 85 peratus daripadanya adalah model CKD, yang bermaksud menerima insentif penurunan duti.
"Harga duti eksais (40-50%) dan duti jualan sebanyak 10 peratus adalah sama seperti di Indonesia dan Thailand. Perbezaan harga di Malaysia sebahagian besar disebabkan oleh pengambilan untung," jelasnya.
Beliau menjelaskan, kerajaan menggalakkan cara CKD berbanding CBU bertujuan untuk membangunkan ekosistem industri automotif tempatan.
"Dasar Automotif Nasional (DAN) 2013 nanti turut merangkumi pelan pembangunan selepas jualan iaitu memberi penekanan kepada kitar semula kereta, jangka hayat dan menangani masalah kereta terpakai.
"Untuk itu, syarikat kereta perlu mempunyai kilang di Malaysia," ujarnya.
Sekian, terima kasih ! saudara-saudari!!
==> #A.AnIthA SRI (DBS)#
{27/06/2013}
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130625/ek_01/Kenapa-kereta-mahal#ixzz2XNIks1Jy
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment