Dari emas biarlah permata
Dalamnya digali berbatu-batu
Alam ternoda didepan mata
Masihkan saja di biar begitu.
Hembus pawana bayu terasa
Hati kehendak merasa sepi
Indah buana ciptaan esa
Mengapa tidak di jaga rapi
Terang malam kerana bulan
Pucuk paku delima batu
Indah alam ciptaan tuhan
Kemusnahan berlaku mengapa
begitu
Berseri putih kain peteri
Pula ditambah hiasan beribu
Alam merintih tanpa disedari
Kesan apakah bakal berlaku
Tepian pantai tumbuhnya bidara
Kamilah tahu
dari dahulu
Keindahan sungai khazanah Negara
Pencemaran berlaku mengapa begitu
Cenderawasih terbangnya rendah
Peliharaan puteri menjadi temannya
Persekitaran bersih Negara indah
Kepada diri apa pentingnya
Daun selasih di tepi sumur
Di petik sudah si anak pertapa
Negara bersih rakyatnya makmur
Persekitaran indah tanggungjawab siapa
Bunga selasih di petik nyonya
Lalu di ikat di dalam perahu
Persekitaran bersih banyak faedahnya
Badan sihat ceria selalu.
#~Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Oleh sebab itu, sebagai manusia kita perlu
menyayangi alam sekitar, memelihara dan memulihara alam sekitar. Penjagaan kebersihan
terhadap alam sekitar adalah penting dan yang itu tanggungjawab kita.
“ Jagalah Kebersihan &
Cintailah Alam Sekitar!!”
{ A.Anithasri }
No comments:
Post a Comment