BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 16 July 2013

~Cara Mengendalikan Hutang Kad Kredit Hari Raya~



   Dek kerana satu kad, ramai yang telah diisytiharkan muflis. Walaupun anda telah begitu teliti merancang perbelanjaan sepanjang tahun, namun anda mungkin terfikir bagaimana hendak mampu membeli segala yang diperlukan untuk menyambut Syawal akan datang tanpa berbelanja berlebihan?  Yang pasti, anda mesti ada kuasa kemahuan dan perancangan yang teliti. Berikut merupakan tip penggunaan kad kredit yang disarankan oleh "Citibank Malaysia."




  1. Buat perancangan awal. Semak balik aliran tunai anda dan sediakan strategi penjimatan. Kaji cara-cara untuk menghadkan perbelanjaan supaya anda dapat berjimat cermat sedikit setiap minggu. 
  2. Buat bajet. Pastikan berapa banyak anda perlu belanja, dan jangan berbelanja melebihi amaun tersebut.
  3. Pergi membeli-belah lebih awal supaya anda boleh membandingkan harga! Ramai antara kita memang suka  menunggu sampai saat terakhir untuk berbelanja sekaligus.
  4. Ingat. Anda berbelanja untuk menyambut Hari Raya. Jika anda terdorong untuk membeli sesuatu untuk diri sendiri, catatkan benda-benda yang anda terdorong untuk beli dan kongsi senarai itu dengan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk rujukan masa depan. Mereka mungkin memerlukan idea hadiah untuk hari jadi anda yang akan datang dan senarai hajat anda akan membantu mereka.
  5. Menambahkan baki kad kredit dengan menggunakan kad untuk pembelian barang atau hadiah yang anda tidak mampu bayar dengan segera akan menambahkan kos setiap barang atau hadiah itu. Sebelum menggunakan kad kredit, fikirkan terlebih dahulu kos yang sebenar. Kos tambahan ini mungkin 25 peratus lebih daripada tanda harga jika anda menggunakan kad dan tidak menjelaskan bayaran dengan segera.
  6. Pastikan anda mengkaji selidik kedai-kedai alternatif yang mungkin menawarkan barang yang dikehendaki dengan harga yang lebih murah. Dengan ini, anda dapat memastikan yang anda membuat pilihan dan pembelian yang terbaik dan tidak menurut gerak hati semata-mata.



~A.AnIthA Sri~

No comments:

Post a Comment